Saturday, December 22, 2012
Bahagia milikMu ^_^
Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani~
Senyummmmm ^___^
Lama meninggalkan diari kesayangan saya ni..Syukur pada Allah pemilik alam ini yang memberikan pinjaman nikmat kebahagiaan hidup ini. Terima kasih Allah atas kurniakan kebahagiaan ini.
Tanggal 14 Mac 2012, Rabu saya telah diijabkabulkan dengan seorang insan yang tidak pernah dijangka muncul dalam hidup ini. Benarlah, salah satu perkara yang tidak bisa dijangka dalam hidup ini adalah urusan jodoh.
Ramai sekali yang bertanya tentang perkenalan kami kerana kejutan jemputan ke majlis kami. Perkenalan yang sangat singkat. Kami diperkenalkan pada penghujung Disember 2011 oleh kakak ipar yang bekerja setempat dengan suami. Perkenalan ini saya tidak memandang dengan serius sama sekali. Bagi saya ianya satu perkara yang mustahil untuk menjadikan dia sebagai suami memandangkan dia bukan seorang guru seperti mana saya. Hehe~
Melihat kesungguhan si dia menghubungi keluarga dan terus mengambil keputusan untuk merisik, meminang dan bertunang dalam tempoh masa beberapa hari diperkenalkan, saya berserah kepada keputusan keluarga. (Kakak ipar saya tukang kipas umi dan abi.haha)Saat itu saya benar- benar berserah dengan keputusan keluarga.
Sejak dulu, saya tidak banyak campur tangan mengenai urusan seperti ini dalam keluarga. Terasa bagai mimpi.Hehe~ Saya percaya dan sentiasa berpegang pada ungkapan ini ; Andai kita memudahkan urusan orang lain, Allah pasti memudahkan urusan kita.
24 Dis 2011 Saya menjalani pembedahan tonsil di HUSM..Beberapa hari di wad, saya dibenarkan pulang ke rumah. Baru sahaja beberapa minit berada di rumah, kami dikunjungi rombongan pemuda- pemuda yang sedang berprogram di Kelantan. Datangnya seperti majlis merisik. Haha~ Itulah saat pertama Umi dan Abi bertemu dengan suami.
Gambar atas : rombongan mereka~
Sebulan kemudian, kami disatukan dalam ikatan pertunangan. Kalau diikutkan suami, mahu sahaja bernikah segera. Namun, keluarga yang harus diutamakan. Alhamdulillah, sebulan lebih diikatkan, kami bernikah dengan izin Allah dan restu orang tua.
Kini, sudah setahun perkenalan kami. Syukur sebenar- benar syukur dipanjatkan hanya untuk Allah memberikan saya kesempatan merasai kemanisan berumahtangga. Mengurniakan seorang suami yang setia di sisi susah mahupun senang. Dialah yang menyejuk hati ini dan sentiasa bersabar dengan kerenah nakal isterinya.
Semoga kami dikurniakan mujahidin dan mujahidah soleh solehah bahagia hingga ke syurga kelak. Dialah suami dikurniakan Allah untuk membahagiakan hidup ini, Muhammad Normuhib Bin Mohd Afandi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment