Wednesday, October 5, 2011
Perlukah Bersedih?

Bismillahirrahmanirrahim ^__^
Assalamualaikum wbt sahabat sekalian~
Hampir dua tahun membiarkan blog terus bersarang dan hampir usang. Hari ini cuba menggagahkan diri sekali lagi menulis sedikit demi sedikit. Kekok rasanya memulakan semula coretan perjalanan yang dah lama tertinggal ini. Hampir dua tahun berlalu,kelihatan hanya sekelip mata namun liku- liku perjalanan panjang terasa.
2009 ; Berusia 19 tahun.Terasa diri masih belum dewasa dan belum bersedia menghadapi liku- liku 'orang besar'. Terasa dihambat dengan pelbagai mehnah yang dilalui 'orang besar'.
2010 ; Menginjak ke usia 20 tahun. Perjalanan masih diteruskan. Belajar untuk menjadi 'orang besar'. Ya, di saat usia menginjak 20 tahun, kehidupan semakin mencabar. Ujian ALLAH semakin mengejar. Dihadapkan dengan pelbagai mehnah juga nikmat yang tak terhingga. Didatangkan kepada diri kawan disangka lawan, lawan disangka kawan. Belajar mengenal ragam manusia sekeliling. Benar, saat itu hati benar- benar hilang arah. Seolah tiada siapa yang mendengar. Saat itu juga, terdengar satu kalam suciNya di fikiran ;
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 -
Penghujung tahun 2010 ; ALLAH datangkan ujian yang tidak pernah diduga akan dihadapi dalam hidup ini. Janji telah terpatri. Kelihatan zahirnya kami tersenyum bahagia. Hakikatnya, kehidupan sudah menjadi sinetron panjang. Terasa di alam drama Melayu pun ada! Hehe~ Hari demi hari, bulan berganti bulan perjalanan masih diteruskan.
2011 ; Kadangkala mengharapkan sinetron yang panjang akan berakhir. Tidak mengapa happy ending atau sad ending. Asalkan berakhir! Itulah doa yang tidak pernah putus dipanjatkan. Perjalanan yang singkat akhirnya terhenti dengan tidak dijangka. Tidak pernah diduga. YA ALLAH, dugaan apakah Kau hadapkan padaku? Benarkah aku begitu kuat menerima ujian ini?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
-surah Al Baqarah ayat 250 -
Biarlah kami dan ALLAH mengetahui sebenar- benar perkara yang terjadi. Mungkin inilah doa yang ALLAH makbulkan buatku untuk keluar dari kemelut yang sekian lama. Ramai bertanya, mengapa tidak bersedih? Mungkin kerna belum masanya untuk saya bersedih. Malah, saya lebih gembira dan bersyukur kerana ALLAH memberikan ruang dan jalan yang kukuh buat hati ini terus bertabah walau ujian ini terbesar pernah hadir dalam hidup ini.
Sahabat sekalian,
Ujian yang dihadapi bukan menuntut kita untuk terus bersedih, bersedih dan bersedih. Hadapilah! Tempuhilah! Dengan secekal hati yang mampu. Sampai masanya untuk kita bersedih kelak, pasti kita akan redha untuk melepaskan apa yang tidak selayaknya buat diri kita. ALLAH menghadapkan kesusahan ini kerana di hadapan sana masih punya sinar yang lebih indah buat diri. Saya percaya kerana saya telah menghadapinya dan berharap masih teguh berdiri untuk ujian seterusnya.
Bersedihlah apabila saatnya bersedih. Sesudah itu, lepaskan kesedihan itu bersama kesusahan yang telah berlalu. Jalanilah hidup yang baharu.
Hari ini, saya bersedia untuk menjalani hari- hari 'orang besar' yang pernah digeruni dahulu.
YA ALLAH, datangkanlah kekuatan, ketabahan, kekentalan jiwa di hati kami. Wahai Tuhan yang memegang hati ini, redhakan hati kami bagi setiap yang Kau hadapkan pada kami. Jadikan kami hamba yang lebih beriman, beramal soleh kepadaMu. Amin~
Subscribe to:
Posts (Atom)