Report Karnival Masjid; Ilmiah dan Ibadah
Alhamdulillah, iLuvislam.Com telah bersama-sama memeriahkan tapak jualan di karnival ini.Macam2 aktiviti yang telah dijalankan di sini.Hari ke2 karnival ini telah dirasmikan oleh menteri besar Selangor iaitu Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim..
Sebelum perasmian, telah dilangsungkan pertandingan nasyid sekolah rendah..(my manager jadi MC on the spot..hehe) Pelajar dari asrama anak yatim telah menjuarai pertandingan ni dan membuat persembahan sewaktu majlis perasmian.
Hari seterusnya dilangsungkan pelbagai aktiviti lagi seperti pertandingan menganyam ketupat.Boleh la kita saksikan kehebatan akak- akak n mak cik2 menganyam ketupat ni..mcm2 bentuk ketupat yg ade..
Program berakhir malam hari Ahad dengan forum dan majlis penutupan.Insyaallah gambar2 sepanjang karnival akan menyusul beberapa hari lagi..(klu bos bg la..)
wassalam..
Karnival Masjid; Ilmiah dan Ibadah

InsyaAllah, iLuvislam.com akan bersama-sama Jawatankuasa Masjib Bandar Baru Sungai Buloh, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Paya Jaras, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nufair Street Sdn. Bhd., Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Akhbar Warta Perdana dan juga akhbar Siasah; menganjurkan Karnival Masjid 2009 : Ibadah dan Ilmiah.
Tarikh : 17- 19 Julai 2009
Tempat : Masjid Bandar Baru Sungai Buloh
Dirasmikan oleh : Menteri Besar Selangor
Program seumpama ini bertujuan untuk merealisasikan saranan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan setiap masjid berperanan sebagai "Wahana Transformasi Ummah" yang benar-benar proaktif dan efektif. Selain itu, ia bertujuan untuk tidak lain dan tidak bukan untuk membentuk masyarakat agar kasih kepada ilmu, mengeratkan hubungan silaturrahim, menghidupkan ekonomi dan perniagaan secara Islam dan pastinya untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dalam memakmurkan masjid-masjidNya.
Berikut adalah tentatif program:
17hb JULAI 2009 JUMAAT (HARI PERTAMA)
11.30am Program Derma Darah
1.00pm Rehat & Solat Fardhu Jumaat
2.30pm Majlis Ikhtifal (Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Berzanji & Marhaban)
4.30pm Rehat & Solat Asar
5.00pm Majlis Ikhtifal bersambung semula sehingga selesai
8.00pm Forum Bicara Ad-Deen : “Membina Keluarga & Remaja Berakhlak Mulia”
18hb JULAI 2009 SABTU (HARI KEDUA)
6.30am Kuliah Subuh Perdana
8.00am Slot Bersama Lembaga Zakat Selangor
a. Motivasi Pendidikan – UPSR, PMR & SPM
b. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
c. Pertandingan Azan (5thn – 12thn)
9.30am Persembahan Nasyid Istimewa : Kumpulan Rabbani
10.00am Taklimat & Kursus Istimewa Bakal Haji
oleh Ybhg. Dato’ Ust Hj Md. Daud Bin Che’ Ngah
1.00pm Rehat & Solat Zohor
2.00pm Pertandingan Nasyid Perdana
3.00pm Majlis Pelancaran & Perasmian Karnival Masjid 2009
4.45pm Rehat & Solat Asar
5.00pm Pertandingan Nasyid Perdana bersambung semula
8.00pm Forum Perdana – Antara Zakat dan Berkat
19hb JULAI 2009 Ahad (HARI KETIGA)
6.30am Istimewa Tazkirah Subuh
8.00am Pesta Kuiz Perdana
10.00am Kursus Smart Solat Bersilibus
11.30am Motivasi – “Institusi Keluarga Islam” oleh Dato’ Ust Md Daud Che’ Ngah
2.30pm Pertandingan Memasak - Muslimah
8.00pm Majlis penyampaian Hadiah & Majlis Penutupan Karnival Masjid
9.00pm Diskusi Perdana Istimewa : “Tenat, Nazak, Sakarat, Maut & Akhirat”
*artikel ini telah diedit utk tujuan kesesuaian